Menu
Home

Articles

Majlis Sumbangan Deepavali

Program pemberian sumbangan perayaan bagi anak-anak yatim, miskin dan ibu tunggal  merupakan satu program tahunan Unit Kebajikan  Pelajar, SMKDHTK. Bagi menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi, Unit Kebajikan telah mengadakan majlis sumbangan Deepavali bagi para pelajar yang kurang berkemampuan. Tujuannya tidak lain untuk menggembirakan para pelajar di samping dapat membudayakan amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat sekolah.

 

Pelajar yang menerima sumbangan terdiri daripada 44 orang pelajar tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 Atas yang berasal dari keluarga ibu tunggal, anak yatim dan miskin. Semoga dengan adanya majlis seumpama ini dapat meringankan beban keluarga masing-masing menjelang Deepavali.