Menu
Home

Articles

PT3 2016: SMKDHTK Melakar Kecemerlangan

 

      19 November 2016 menjadi detik terindah buat pelajar-pelajar PT3 SMK Dato' Haji Talib Karim. Seramai enam orang pelajar telah mendapat semua A dalam PT3 iaitu seorang 11A manakala lima orang lagi mendapat 10A. Majlis penyampaian keputusan PT3 telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SMKDHTK, Tuan Haji Zulkapli bin Haji Othman. Seramai 53 orang pelajar cemerlang dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A menerima keputusan mereka daripada Tuan Pengetua. Ibu bapa turut hadir bersama bagi meraikan kejayaan anak masing-masing.

 

      Secara keseluruhannya, keputusan PT3 pada tahun ini menunjukkan peningkatan dengan Kenaikan GPS sekolah iaitu 3.04 berbanding sebanyak 3.15 pada tahun 2015. Peratus lulus juga turut meningkat sebanyak 40% berbanding 33.5% pada tahun 2015. Semoga kejayaan pada hari ini akan memacu kejayaan mereka untuk menghadapi SPM pada tahun 2018 nanti. Tahniah kepada semua pelajar PT3 2016!