Menu
Home

Articles

Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina

Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina Bagi Pelajar-Pelajar Miskin telah diadakan pada 24 Januari 2017 yang lalu. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Kebajikan SMKDHTK itu telah diadakan di Dewan Sekolah tepat jam 7.40 pagi. Lima orang murid telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut. Diharapkan, menerusi sumbangan yang diberi dapat membantu sedikit sebanyak untuk meraikan tahnu baru cina dengan lebih gembira. Majlis sumbangan ini diadakan antara lain untuk memeupuk semangat saling bantu membantu dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat kepada golongan yang kurang berkemampuan serta menyemai sikap bertanggungjawab sesama manusia tanpa mengira status.