Menu
Home

Articles

Majlis Santunan Budi Lambaian Kasih: Persaraan Encik Haszlan Bin Abd Rashid

Tanggal 8 Februari 2017 menyaksikan seorang lagi guru terhebat di SMKDHTK melangkah pergi.  Cikgu Hazslan Bin Abd Rashid merupakan seorang guru yang sangat dedikasi dan memiliki komitmen yang sangat tinggi. Rakan guru mahupun murid sangat menghormati beliau. Beliau akhirnya menamatkan perkhidmatan sebagai seoirang guru apabila bersara pada 6 Februari yang lalu. Beliau yang merupakan seorang Guru KH sangat disegani oleh ana-anak muridnya. Sikapnya yang sentiasa tenang dan bersikap positif dalam kehidupan menambat hati warga SMKDHTK. Semoga Cikgu Haszlan akan tetap mengingati kami di SMKDHTK biarpun tidak lagi bersamakami. Selamat Bersara Cikgu!