Menu
Home

Articles

Majlis Pelancaran Guru Penyayang / Jom Ke Sekolah & Sambutan Hari Jadi Murid

Guru merupakan ibubapa murid apabila murid berada di sekolah. Oleh itu, guru memainkan peranan penting bagi menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Pada 13 Februari 2017, telah diadakan Majlis Pelancaran Guru Penyayang, Jom ke Sekolah dan Sambutan Hari jadi Murid bagi bulan Januari dan Februari. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling SMKDHTK ini disempurnakan oleh ASP Ramli bin Mahad yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah bagi SMKDHTK. Beliau yang juga merupakan ketua siasatan jenayah narkotik turut memberikan nasihat dan penerangan kepada murid-murid untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam kancah dadah. 

Majlis ini diadakan bagi mengajak guru untuk menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru dan menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah kerana murid merupakan aset kepada sekolah,