Menu
Home

Articles

Majlis Pelancaran NILAM 2017

Nadi Ilmu Amalan Membaca atau singkatannya NILAM merupakan sebuah proram membaca yang memberi banyak manfaat kepada murid dan guru. Program NILAM di SMKDHTK sentiasa dilaksanakan menerusi beberapa program sama ada menerusi PDPC di dalam kelas mahupun program sekolah seperti Cakna Minda setiap Selasa, Bacaan Tadarus Alquran, 10 Minit Membaca, Bulan Bahasa dan banyak lagi. 

Pada 15 Februari 2017, Pusat sumber Sekolah telah Majlis Pelancaran Program NILAM dengan disempurnakan oleh Tuan Hj Zulkapli bin Hj Othman, Tuan Pengetua SMKDHTK. Antara gimik yang diadakan semasa majlis pelancaran ialah, pemakaian lencana pengawas PSS, memperkenalkan barisan JK Tertinggi Pengawas PSS dan Penyerahan Bakul Buku NILAM mengikut kelas. 

Semoga, aktiviti NILAM di SMKDHTK akan dapat meningkatkan bilangan bacaan dan catatan murid dalam buku NILAM sekaligus dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang boleh diaplikasikan ke dalam pembelajaran murid kelak.