Menu
Home

Articles

Majlis Perasmian Program Guru Penyayang

Pelancaran porgram guru penyayang telah diadakan pada 29 Januari 2018. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh yang berbahagia En Abdul Malek bin Haron selaku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah. 

Program guru penyayang bertujuan untuk setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Selain itu, program ini diharapkan dapat membantu guru dalam menjiwai amalan penyayang sebagai guru menerusi beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan. 

Majlis diserikan dengan gimik pelancaran menerusi paluan gong oleh perasmi dan sambutan hari lahir murid yang jatuh pada hari pelancaran.