Menu
Home

Articles

Majlis Watikah Pelantikan Kepimpinan Kokurikulum

 

Kepimpinan murid dapat dipupuk sejak bangku sekolah lagi. Merekalah bakal menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang. Justeru, di peringkat sekolah lagi penghargaan diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan kesungguhan dan kredibiliti sebagai pemimpin. 

 

SMK Dato' Haji Talib Karim telah mengadakan Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Kepimpinan Kokurikulum 2018 kepada murid-murid yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Unit masing-masing. Penghargaan seumpama ini dilihat dapat meningkatkan lagi kesungguhan murid dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Majlis penuh rahmat ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Koh Nai Kwong, DMSM, DSM, BCM, PJK (Ahli Parlimen Alor Gajah). YB Datuk turut mengumumkan pemberian sumbangan RM5000 kepada Unit Kokurikulum sekolah bagi tujuan pembangunan kokurikulum dalam ucapan perasmiannya.