Menu
Home

Articles

Taklimat Penyerahan Tablet Guru

Selaras dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, para guru turut mengikuti arus semasa dengan mengaplikasikan pendidikan dengan kaedah yang lebih moden dan mudah. Menyedari hakikat ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi usahasama bersama Utusan Malaysia telah menyediakan kemudahan tablet untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengaplikasikan pendidikan abad ke 21. 

Satu taklimat ringkas telah diadakan Bilik Gerakan SMKDHTK bagi menyerahkan tablet kepada guru-guru. Taklimat telah disampaikan oleh En Ariffin bin Hj Moktar. Manakala, penyerahan tablet di sempurnakan oleh Tn Hj Abd Rahim bin Abd Razak, Pengetua SMKDHTK