Menu
Home

Articles

Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina 2018

Program sumbangan tahun baru cina bagi pelajar-pelajar miskin merupakan salah satu program yang terdapat dalam Jawatankuasa Tabung Kebajikan SMK Dato' Haji Talib Karim. Usaha murni ini merupakan salah satu saluran bagi masyarakat untuk memberikan sumbangan dan seterusnya pihak sekolah akan mengagihkan sumbangan kepada yang memerlukan.

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, pihak jawatankuasa telah mengenal pasti empat orang murid yang layak menerima sumbangan. Diharapkan, menerusi sumbangan ini penerima sumbangan dapat meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan lebih meriah lagi.