Menu
Home

Articles

Majlis Persaraan Puan Jamilah Johar

Warga SMKDHTK sekali lagi meraikan sebuah majlis yang membawa seribu air mata. Pada tanggal 28 Jun, Puan Jamilah binti Johar yang merupakan kaunselor di SMKDHTK diraikan persaraannya sebagai seorang guru di Hotel Bayview, Melaka. Kehadiran beliau turut diiringi oleh dua orang anak perempuannya. 

Puan Jamilah Johar merupakan kaunselor yang sangat berwibawa dan disayangi oleh anak-anak murid di SMKDHTK. Tutur bicaranya yang lembut membuai hati yang mendengarnya. Namun, disebalik kelembutannya tersemat ketegasan yang mencerminkan jati diri sebagai seorang pendidik yang sangat menyayangi anak didiknya.

Selamat Bersara Cikgu Jamilah!