Menu
HomePROFIL SEKOLAHKata Aluan

Kata Aluan

 

 

 

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

            Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan izinNya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam Portal Rasmi SMK Dato' Haji Talib Karim.  Portal ini diharap dapat dijadikan sebagai garis panduan dan rujukan dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan pencapaian akademik, sahsiah murid dan kokurikulum ke satu tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di peringkat global.

            Saya berharap warga SMK Dato' Haji Talib Karim dapat meningkatkan kemahiran masing-masing supaya lebih kompeten dalam segala urusan kerja dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran mampu mewujudkan idea yang kreatif dan inovatif.  Semoga semua warga SMK Dato' Haji Talib Karim dapat melaksanakan budaya kerja berteraskan MMI (Melindungi Masa Instruksional) agar dapat meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan KPI sekolah dan KPI Kementerian Pendidikan.

            Bekerjalah dengan tulus dan ikhlas serta berintegriti semoga apa yang kita kerjakan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.  Sama-samalah kita realitikan hasrat menjadikan SMKDHTK Sekolah Ternama, Kerana Kecemerlangan Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah Menjelang 2015 akan tercapai.

 

“BERUSAHA PASTI JAYA”

Sekian, terima kasih.

 

(TN HJ.ZULKAPLI B HJ OTHMAN)

Pengetua Cemerlang,

SMK Dato Hj.Talib Karim

78000 Alor Gajah

 Melaka